Thursday 12 December 2013

3 Perkataan yang boleh mengubah segalanya...

Saje nak share...hehehe on the way ke opis tadi dgr radio ade satu iklan ni...3 perkataan yang penuh makna... bila dgr balik...its very true.....

Pertama sekali perkataan yang sering diungkap masa mabuk cinta dulu2..
- I miss you (walaupun hari2 tepon mesti nak kata rindu ..adehh...hehehehe)
- Love you much (tak ucap benda ni sehari tak sah)
- Sweet dream syg..(ni pula bila gayut memalam..)

For husband and wife pula..
- Mama masak sedap..( penat masak tadi terus hilang..senyum puas hati)
- Cantik isteri abang ( kembang kuncup dibuatnyew aww)
- ayang take care. (bila gi kerja atau mama kene drive sensorang)

But not sekali-kali use this..
- I hate you!! (hahahah bila marah sume kuar..)
- Nyampah betul aku. (aka MELUAT la tu)
- baik pi mamp*&% (haaa... ni betol2 marah nih)

Kan lebih baik ucapkan...
-Semoga awak berjaya 
-Awak nampak hebat!
-Allah bersama kita.

Nampak tak? nampak tak? the power of these 3 words... boleh buat kita tersenyum, ketawa, gembira, berbunga2 ,sedih dan marah...

Salam Jumaat Semua.

Macam comel jew..mcm KIUT jew..

lagii choomel buah hati i nieee
shomellll kan?


SAMA TAK? Anak ngan ayah? opsss Leonardo?

Im OFF for vacation...bye..bye



See Ya!!

My Little Princess ~ Qaiesya An Nisa~



Monday 21 October 2013

Tips mudah turunkan berat badan dengan cepat

Tajuk yang ramai di google oleh ramai kaum ibu terutama selepas pantang ..kan? kan?
(konfiden je aku ni..hihihi)
Klik je FB berlambak produk untuk nak kurus...(sediakan jer la duitnyer)
senangkan?
Tapi semuanya tidah semudah yang dikata....MELAINKAN...
-duit ribu riban cakap ngn hasben nak pi london weight tiap2 hari (takde hal)
-mmg keturunan badan tu tak naik2..makan mcm hantu raya pon same gak..(tgk mak dia kurus jer sampai tua) or...
-mmg rase ok jew badan cenggini..i love myself...(who cares..?)

Tapi...bagi fara beauty is less, LESS is beauty...kita guna pendekatan kesederhanaan...dlm setiap apa pon..
(cheehh...) mari2 mommy semua...testimoni dari farra kay..cerita benar bukan rekaan..farra hilang 12kg dalam 1 bln setengah jer..tanpa modal yang besar..let cekidauuttt: Very the easy one....

1) No ICE air suam jek ok?..(kopi+creamer pon sesekala kalau teringin sgt)
2) lebihkan lauk dan sayuran...(ikan is the best)
3) Gula? apa saja yang manis tak payah laaa makan bukannya bagus pon..darah tinggi kencing manis tak takut?
4) jadikan buah sebagai snak (jambu batu terbaikk)
5) Senaman farra praktikkan setiap malam pukul 9mlm dan pagi selepas sembahyang subuh..
percayalah...memang badan rase cergas dan ringan jer lepas tu 20 minit pon jadik...
 -Zumba style (shape)
-sit up (perut)
- lari /lompat setempat 100x.

pas 2 minggu cer timbang cer timbang..mesti dapat hasil...
Nak sihat gunakan cara yang sihat..jgn bahayakan diri dan duit anda.
Selamat mencuba..

inspired Tun Mahathir

NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI

Artikel in telah disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia , Oktober 20, 2013

1. Dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi (high income country) tentulah diterima baik oleh rakyat. Tetapi kita harus ambil kira kesan pendapatan tinggi, terutama dalam bentuk upah dan gaji kepada kos sara hiup Negara.2. Apabila upah atau gaji dinaikkan tidak dapat tidak kos barangan dan khidmat akan turut naik. Kenaikan ini akan mengurangkan dayabeli (purchasing power) berbanding dengan pendapatan yang dinaikkan.

3. Kita tahu benar negara-negara yang pendapatan amat tinggi dari segi upah yang diterima tetapi taraf hidup mereka jauh lebih rendah dari kita. Pendapatan tinggi semata-mata tidak bermakna kekayaan dengan taraf hidup yang tinggi.

4. Yang akan menjadi kehidupan kita setaraf dengan negara maju ialah daya beli pendapatan kita yang sama tinggi dengan dayabeli penduduk negara maju. Kenaikan pendapatan tanpa kenaikan dayabeli tidak bermakna samasekali. Sebaliknya ia akan menghalang pembangunan Negara kea rah sasaran menjadi Negara maj.

5. Negara-negara yang ditakrif sebagai negara maju tidak sahaja memiliki pendapatan per kapita yang tinggi tetapi mereka memiliki daya pengeluaran (produktiviti), yang tinggi dengan kemajuan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan, kecanggihan dan kebesaran industri serta perniagaan dan perusahaan. Negara mereka dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih dan mencukupi untuk keselesaan hidup rakyat serta membantu aktiviti perniagaan dan perusahaan. Infrastruktur ini termasuklah jalan-jalan yang menghubungi semua bandar dan kampong, bekalan api dan air, khidmat pelajaran dan kesihatan dan lain-lain. Banyak terdapat Negara yang berpendapatan amat tinggi tetapi tidak dianggap maju.
6. Kita perlu pisah kemajuan sesebuah negara dari pendapatannya yang tinggi. Walaupun negara maju biasanya disertai dengan pendapatan yang tinggi bagi semua rakyat, tetapi pendapatan yang tinggi dengan sendirinya tidak bermakna Negara sudah maju.

7. Hasrat Kerajaan tentulah untuk menjadi bukan sahaja negara berpendapatan tinggi tetapi menjadi negara maju dengan kuasa dayabeli rakyat yang tinggi. Untuk ini tumpuan perlu diberi kepada usaha daya keluar (produktiviti) yang meningkat yang akan menyumbang kepada dayasaing (competitiveness) negara. Kenaikan dayasaing Negara-negara Timur inilah sehingga mengalahkan Negara Barat yang menjadikan beberapa Negara Timur maju.

8. Menaikkan pendapatan adalah mudah. Umpamanya apabila gaji atau upah minimum dinaikkan maka matlamat pendapatan tinggi tercapai. Tetapi seperti yang disebut di atas, kenaikan ini tidak menjadikan rakyat lebih kaya, disebabkan dayabeli tidak naik bersama pendapatan.

9. Umpamanya kenaikkan upah minima katakanlah dari RM 700/- sebulan kepada RM 900/- sebulan akan membawa dua kesan. Mereka yang sedang menerima RM 900/- sebulan akan kecewa jika upah mereka tidak dinaikkan supaya yang berada di bawah mereka tidak mendapat gaji yang sama dengan mereka. Apabila gaji kumpulan ini dinaikkan maka yang dahulu mendapat upah yang lebih tinggi akan meminta kenaikkan supaya jarak yang lama dikekalkan. Akhirnya kenaikkan gaji minima kepada RM 900/- akan disusuli dengan kenaikkan gaji atau upah di semua pringkat. Kenaikan yang menyeluruh ini tidak dapat tidak akan menaikan kos pengeluaran semua barangan dan khidmat. Dengan perkataan lain kenaikan gaji dan upah, tanpa kenaikan produktiviti akan menaikan kos sara hidup.

10. Yang kedua kenaikan gaji dan upah tetap akan menjadikan barangan dan khidmat yang kita beri kurang kompetitif di pasaran dunia. Pelabur tempatan dan asing juga tidak akan melabur dan yang menganggur tidak dapat bekerja untuk sara hidup mereka.

11. Malaysia adalah negara dagang. Pendapatan kita datang dari ekspot barangan, bahan mentah dan khidmat yang dipasar oleh kita. Jika dagangan kita merosot ekonomi kita juga akan merosot.

12. Sebenarnya pendapatan tinggi perlu disertai dengan daya keluar (productivity) yang tinggi. Ini boleh dilakukan dengan menukar industri yang mengguna buruh kasar yang ramai (labour intensive) kepada industri yang lebih canggih yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Industri hitech yang memerlukan kecekapan akal fikiran lebih dari kerja tangan akan menghasilkan barangan yang tinggi tambah nilai. Tetapi industri ini memerlukan pekerja yang lebih terlatih, berpelajaran tinggi dan cekap, seperti jurutera (engineer). Gaji mereka (pendapatan) tentulah tinggi yang mana ini menepati hasrat untuk menjadi negara kita berpendapatan tinggi (high income)

13. Untuk mendapat pekerja yang berpengetahuan ini sistem dan kemudahan pelajaran mestilah terdaya untuk mengeluarkan penuntut yang memiliki ilmu-ilmu, terutama sains dan matematik. Untuk ini penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting. Penggunaan Bahasa Inggeris untuk sains dan matematik akan menentukan kelayakan seseorang pekerja. Lagi pun Bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa ilmu terpaksa diguna dalam melatih dan mengajar dan juga memberi arahan untuk membuat kerja-kerja yang canggih.



Bagi fara memang betul apa yg diperkatakan oleh beliau...kalau nak berniaga pun bukan tak boleh tapi biar kene pada tempatnya...bukan semua orang mampu beli apa yang kita jual dan bila semua nak jual benda yang sama siapa pula yang menjadi pembelinya? Renung2kan....

FarraKay...peace!!!

About Me..

Buuuuchaakk?

Salam Readers...

Salam perkenalan semua...firstly fara nak ucapkan salam perkenalan pada semua yg terbaca terskodeng blog fara ni...Fara tak kesah pon..( tetiba)..buat blog memang untuk dibaca kan?
So mana yang baik kita share sama2 ya? yang tak baik tu simpan jer dalam poket uols..kehkehekh
(tak baik tulis kat public) kan..kan?

Motif buat blog? (hheheh menggatal)
Takde la...fara bukan nak jual barang ker hape....fara suka menulis tapi sejak 2 menjak ni semangat nak create blog baru membuak2 (hambik ko ayatss) terutama semenjak lepas maternity my newbaby .... emmmm tetiba teringat baby kat umah... :(

Fara akan share tips2 yang mungkin korang juga perlukan atau kita boleh share each other soon..
So welcome to my blog Farra Kay hokeyyyy?

Bubbaiii!~!!!