NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI
Artikel in telah disiarkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia
, Oktober 20, 2013
1. Dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara
berpendapatan tinggi (high income country) tentulah diterima baik oleh rakyat.
Tetapi kita harus ambil kira kesan pendapatan tinggi, terutama dalam bentuk
upah dan gaji kepada kos sara hiup Negara.2. Apabila upah atau gaji dinaikkan
tidak dapat tidak kos barangan dan khidmat akan turut naik. Kenaikan ini akan
mengurangkan dayabeli (purchasing power) berbanding dengan pendapatan yang
dinaikkan.
3. Kita tahu benar negara-negara yang pendapatan amat tinggi
dari segi upah yang diterima tetapi taraf hidup mereka jauh lebih rendah dari
kita. Pendapatan tinggi semata-mata tidak bermakna kekayaan dengan taraf hidup
yang tinggi.
4. Yang akan menjadi kehidupan kita setaraf dengan negara
maju ialah daya beli pendapatan kita yang sama tinggi dengan dayabeli penduduk
negara maju. Kenaikan pendapatan tanpa kenaikan dayabeli tidak bermakna
samasekali. Sebaliknya ia akan menghalang pembangunan Negara kea rah sasaran
menjadi Negara maj.
5. Negara-negara yang ditakrif sebagai negara maju tidak
sahaja memiliki pendapatan per kapita yang tinggi tetapi mereka memiliki daya
pengeluaran (produktiviti), yang tinggi dengan kemajuan mereka dalam bidang
ilmu pengetahuan, kecanggihan dan kebesaran industri serta perniagaan dan perusahaan.
Negara mereka dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih dan mencukupi untuk
keselesaan hidup rakyat serta membantu aktiviti perniagaan dan perusahaan.
Infrastruktur ini termasuklah jalan-jalan yang menghubungi semua bandar dan
kampong, bekalan api dan air, khidmat pelajaran dan kesihatan dan lain-lain.
Banyak terdapat Negara yang berpendapatan amat tinggi tetapi tidak dianggap
maju.
6. Kita perlu pisah kemajuan sesebuah negara dari
pendapatannya yang tinggi. Walaupun negara maju biasanya disertai dengan
pendapatan yang tinggi bagi semua rakyat, tetapi pendapatan yang tinggi dengan
sendirinya tidak bermakna Negara sudah maju.
7. Hasrat Kerajaan tentulah untuk menjadi bukan sahaja
negara berpendapatan tinggi tetapi menjadi negara maju dengan kuasa dayabeli
rakyat yang tinggi. Untuk ini tumpuan perlu diberi kepada usaha daya keluar
(produktiviti) yang meningkat yang akan menyumbang kepada dayasaing
(competitiveness) negara. Kenaikan dayasaing Negara-negara Timur inilah
sehingga mengalahkan Negara Barat yang menjadikan beberapa Negara Timur maju.
8. Menaikkan pendapatan adalah mudah. Umpamanya apabila gaji
atau upah minimum dinaikkan maka matlamat pendapatan tinggi tercapai. Tetapi
seperti yang disebut di atas, kenaikan ini tidak menjadikan rakyat lebih kaya,
disebabkan dayabeli tidak naik bersama pendapatan.
9. Umpamanya kenaikkan upah minima katakanlah dari RM 700/-
sebulan kepada RM 900/- sebulan akan membawa dua kesan. Mereka yang sedang
menerima RM 900/- sebulan akan kecewa jika upah mereka tidak dinaikkan supaya
yang berada di bawah mereka tidak mendapat gaji yang sama dengan mereka.
Apabila gaji kumpulan ini dinaikkan maka yang dahulu mendapat upah yang lebih
tinggi akan meminta kenaikkan supaya jarak yang lama dikekalkan. Akhirnya
kenaikkan gaji minima kepada RM 900/- akan disusuli dengan kenaikkan gaji atau
upah di semua pringkat. Kenaikan yang menyeluruh ini tidak dapat tidak akan
menaikan kos pengeluaran semua barangan dan khidmat. Dengan perkataan lain
kenaikan gaji dan upah, tanpa kenaikan produktiviti akan menaikan kos sara
hidup.
10. Yang kedua kenaikan gaji dan upah tetap akan menjadikan
barangan dan khidmat yang kita beri kurang kompetitif di pasaran dunia. Pelabur
tempatan dan asing juga tidak akan melabur dan yang menganggur tidak dapat bekerja
untuk sara hidup mereka.
11. Malaysia adalah negara dagang. Pendapatan kita datang
dari ekspot barangan, bahan mentah dan khidmat yang dipasar oleh kita. Jika
dagangan kita merosot ekonomi kita juga akan merosot.
12. Sebenarnya pendapatan tinggi perlu disertai dengan daya
keluar (productivity) yang tinggi. Ini boleh dilakukan dengan menukar industri
yang mengguna buruh kasar yang ramai (labour intensive) kepada industri yang
lebih canggih yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. Industri hitech yang
memerlukan kecekapan akal fikiran lebih dari kerja tangan akan menghasilkan
barangan yang tinggi tambah nilai. Tetapi industri ini memerlukan pekerja yang
lebih terlatih, berpelajaran tinggi dan cekap, seperti jurutera (engineer).
Gaji mereka (pendapatan) tentulah tinggi yang mana ini menepati hasrat untuk
menjadi negara kita berpendapatan tinggi (high income)
13. Untuk mendapat pekerja yang berpengetahuan ini sistem
dan kemudahan pelajaran mestilah terdaya untuk mengeluarkan penuntut yang
memiliki ilmu-ilmu, terutama sains dan matematik. Untuk ini penguasaan Bahasa
Inggeris adalah penting. Penggunaan Bahasa Inggeris untuk sains dan matematik
akan menentukan kelayakan seseorang pekerja. Lagi pun Bahasa Inggeris yang
sudah menjadi bahasa ilmu terpaksa diguna dalam melatih dan mengajar dan juga
memberi arahan untuk membuat kerja-kerja yang canggih.
Bagi fara memang betul apa yg diperkatakan oleh beliau...kalau nak berniaga pun bukan tak boleh tapi biar kene pada tempatnya...bukan semua orang mampu beli apa yang kita jual dan bila semua nak jual benda yang sama siapa pula yang menjadi pembelinya? Renung2kan....
FarraKay...peace!!!
No comments:
Post a Comment